COVID19: DUA KLUSTER PENDIDIKAN DIKESAN DI WP LABUAN

WP LABUAN – Dua kluster dan 61 kes Covid-19 membabitkan pelajar institusi pendidikan dikesan di Wilayah Persekutuan ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata kluster itu dikesan pada 18 Februari di Kampung Merinding (Kluster Merinding 3) membabitkan 21 kes dan di Jalan Sungai Pagar (Kluster Sungai Pagar) yang merekodkan 40 kes.

“Kluster di Merinding dicetuskan oleh pelajar-pelajar yang pulang dari Sabah beberapa hari lalu.

“Kami menjalankan saringan ke atas 125 pelajar dan 21 orang daripada mereka telah didapati positif. Kesemua mereka telah menerima vaksinasi lengkap.

“Tidak semua pelajar di institusi terbabit iaitu lebih 2,000 orang pelajar menjalani kuarantin, hanya mereka yang dikesan positif, pelajar lain sedang meneruskan pengajian mereka seperti biasa,”

Dr Ismuni berkata Kluster Sungai Pagar dicetuskan oleh guru dan pelajar serta satu siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada jangkitan itu berpunca dari Sabah atau komuniti setempat.

Sementara itu, Kluster Lusu Patau-Patau yang dikesan dua minggu lalu dengan 19 kes, masih terkawal dan tiada kes baharu direkodkan.

Labuan menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 dua minggu kebelakangan ini, berbanding bilangan kes satu digit sebelum ini.

SUMBER: BERNAMA

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …