PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP MAJLIS PELANCARAN JERSI JDT NIKE 2022

JOHOR BAHRU, 18 Februari 2022 – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengadakan Majlis Pelancaran Jersi JDT Nike Home & Away 2022 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim pada 18 Februari 2022 (Jumaat). Kemasukan ke acara tersebut adalah percuma dan kehadiran penyokong dan tetamu bermula sekitar jam 6.00 petang.

Pelancaran jersi Harimau Selatan ini diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan serta pertunjukan ‘Laser & Effects’, Skrin-skrin Besar, Karnival Mini Keriangan & Permainan serta ‘Food Trucks’. Penyokong dan tetamu yang hadir adalah wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan pada setiap masa.

MKN Negeri Johor telah bertugas bagi menjalankan pemantauan pematuhan SOP di Majlis Pelancaran Jersi JDT Nike Home & Away 2022 tersebut. Majlis berada dalam kawalan dan berjalan lancar mengikut SOP yang ditetapkan.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar:
JOHOR Southern Tigers
MKN Negeri Johor

 

   

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …