PANGLIMA 3 DIV TINJAU PEMBINAAN JAMBATAN CB 200 DI KG BEMBAN, JELEBU

     

NEGERI SEMBILAN: Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim melakukan tinjauan projek pembinaan Jambatan Compact Bailey Single Lane (CB 200) di Kampung Bemban, Jelebu pada 18 Jan 2022.

Projek pembinaan jambatan tersebut merupakan kerjasama di antara Tentera Darat (TD) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan susulan jambatan yang sedia ada telah runtuh akibat banjir besar pada 17 Dis 2021.

Kerja-kerja pembinaan jambatan ini merupakan sebahagian daripada usaha Projek Jiwa Murni (PJM) TD menerusi 3 Div yang dijangka mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan bermula 18 hingga 20 Jan 2022.

Projek yang dilaksanakan di bawah seliaan Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja (MK RAJD) 3 Div ini melibatkan dua pasukan iaitu Skuadron Kelapan Rejimen Askar Jurutera Diraja (8 Skn RAJD) dan 9 Skn RAJD diketuai oleh Komander Rejimen Jurutera (KRJ) 3 Div.

Pembinaan jambatan ini dapat memulihkan laluan perhubungan yang terputus serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat sekaligus selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.

Turut hadir, Jurutera Daerah Kuala Pilah, Encik Ir.Nurhalim Aludin.

Sumber : Laman FB Berita Tentera Darat Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …