OPERASI BERSEPADU AGENSI KERAJAAN DALAM MENANGANI KEBAKARAN PUSAT PELUPUSAN SAMPAH SUNGAI BURUNG, SPS

Seberang Perai Selatan, 19 Januari 2022 – Susulan kejadian kebakaran yang berlarutan di Tapak pelupusan Sampah Jalan Byram, Pulau Burung, Nibong Tebal, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Seberang Perai Selatan memaklumkan bahawa stesen pengawasan kualiti mudah alih Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang mendapati terdapat kandungan gas yang boleh memberikan risiko kesihatan terhadap orang awam di kawasan sekitar. JAS Negeri Pulau Pinang telah melakukan pemantauan kualiti udara di tiga (3) lokasi iaitu Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Changkat dan Dewan MPKK Kampung Kebun Baru.

Berikutan kejadian ini,  dua (2) pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah dan SK Bakap Indah turut dibuka. PPS ini membabitkan penduduk dari Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru yang melibatkan kira-kira 400 orang daripada 86 keluarga.

Selain itu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Selatan turut mamaklumkan sebanyak 10 buah sekolah yang terletak berdekatan dengan tapak pelupusan sampah ini ditutup selama tiga hari bermula 19 Januari 2022 (Rabu) hingga 21 Januari 2022 (Jumaat). Sekolah terbabit adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Teik, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong, SJKT Nibong Tebal, SK Seri Sentosa, SK Keledang Jaya, SJKT Ladang Changkat, SMK Methodist, SK Methodist dan SK Nibong Tebal.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk memantau dan menjaga kesihatan diri dengan mengurangkan aktiviti luar, memakai pelitup muka dan segera ke hospital jika mengalami gejala seperti sesak nafas dan tidak sihat.

Orang ramai turut dimohon untuk kekal bertenang dan tidak panik serta mendapatkan informasi terkini dari sumber yang sahih.

#KeluargaMalaysia
#BantuMalaysia

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut