PROGRAM PELESTARIAN TAMAN INSPIRASIKU TAMAN ALBURY 2, LENGGENG, NEGERI SEMBILAN

  

SWCorp Negeri Sembilan telah menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan Alam Bina UKM dan Persatuan Penduduk Albury 2, Lenggeng melalui Program Kelestarian Taman Inspirasiku. Pelancarannya berlangsung dengan kehadiran YBrs. Tuan Hj Mohammad Ridzwan bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SWCorp bersama YBhg. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Cancelor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) UKM.

   

Program Taman Inspirasiku merupakan salah satu inisiatif SWCorp di bawah Dasar Kebersihan Negara untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bersih, melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kebersihan dan bersama membantu kerajaan dalam aspek kelestarian alam sekitar dan amalan kitar semula.

Aktiviti yang diadakan semasa program pelancaran hari ini adalah aktiviti STEM UKM bersama kanak-kanak, tazkirah bersama Da’i Hazman, pameran dan demonstrasi upcycling dari tayar terpakai, KITARecycle oleh SWM Environment Sdn. Bhd., Taklimat SAS, plogging dan penghantaran barangan kitar semula.

   

Sumber : SWCorp Negeri Sembilan