MANGSA BANJIR SELESA BERTEDUH DI PPS

PEKAN, 24 Disember 2021 – Penyediaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  yang selesa dan lengkap memudahkan mangsa banjir terutamanya golongan warga emas, bayi serta Orang Kurang Upaya (OKU). Mengakui bahawa pihak pengurusan PPS yang dihuni sentiasa menjaga kebajikan mereka serta mengambil tahu keadaan setiap mangsa banjir yang ditempat di sini.

Bagi warga emas dari Kampung Tanjung Cempaka, Puan Maimunah Salleh, 79, turut mensyukuri segala bantuan seadanya diterima sejak ditempatkan di PPS di sini sejak empat hari lalu. Beliau turut menambah bahawa selain daripada keperluan asas seperti makan dan minum disediakan ruang solat dan segala keperluan lain turut disediakan dengan bersih dan selesa.

Sehingga semalam, seramai 140 mangsa terdiri daripada 52 buah keluarga dari tiga buah kampung ditempatkan di PPS ini sejak Isnin lalu.

 

Sumber : PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …