BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI SRI MUDA

SHAH ALAM- Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor bersama-sama Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan beberapa buah NGO sedang mengatur gerak bantuan makanan dan menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di kawasan Seksyen 25 Seri Muda Shah Alam yang terputus bekalan sejak 2 hari yang lalu. Dengan bantuan aset-aset seperti bot, lori dan lain-lain kelengkapan yang sewajarnya dari pihak  yang terlibat membolehkan usaha-usaha menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dapat dilaksanakan. Usaha menyelamat dari pihak berkuasa  dan penyaluran barang-barang keperluan kepada mangsa-mangsa sedang giat diteruskan.

 

 

Artikel/Berita Terkini

PRN MELAKA KE-16 CAWANGAN KHAS PERKUKUH KESIAPSIAGAAN DAN SINERGI KESELAMATAN

Melaka – Pengarah Cawangan Khas, YDH CP Dato’ Sri Ibrahim bin Darus, telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis …

KENALI JENIS-JENIS BANJIR, FAHAMI PUNCANYA

Banjir boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antaranya banjir monsun, banjir kilat, banjir pantai dan banjir cenang. Hujan lebat berterusan, air …

KOD QR TALIAN KECEMASAN APM PADA MUSIM MONSUN TIMUR LAUT (MTL)

Berikut adalah kompilasi talian kecemasan APM bagi setiap negeri di Malaysia. Untuk sebarang kecemasan, anda boleh menghubungi talian di daerah …