JOHOR BAHRU, 16 Disember 2021 – Majlis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2021 telah berlangsung di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru pada 15 Disember 2021. YAB Menteri Besar Johor menzahirkan penghargaan kepada golongan belia di negeri Johor seperti Johor Southern Volunteers dan pertubuhan lain yang sentiasa bersedia menyumbang idea dan tenaga tanpa mengira masa membantu masyarakat.
Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang menjadi Penaung Diraja Majlis Belia Negeri Johor yang sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap perkembangan serta aktiviti belia di negeri Johor.
Tahniah kepada para pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2021
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin inspirasi untuk terus menyumbang bakti kepada masyarakat. Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor