KUNJUNGAN HORMAT PKN MKN NEGERI MELAKA KE ATAS YB SUK NEGERI MELAKA

Tuan Mohd Nasrul bin Menhat, Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka telah melakukan Kunjungan Hormat ke atas YB Dato’ Ts. Kamel Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang baharu dilantik di Pejabat SUK, Seri Negeri, Ayer Keroh pada 27 September 2021.

Antara perbincangan adalah berkaitan peranan dan fungsi MKN selaku agensi penyelaras keselamatan negara yang dipayungi dasar induk iaitu Dasar Keselamatan Negara 2021 – 2025. DKN ini memperkenalkan konsep Keselamatan Menyeluruh iaitu suatu doktrin baru yang bersesuaian dengan persekitaran keselamatan semasa dan tempoh mendatang. Melalui konsep ini, pengurusan keselamatan yang semakin kompleks dapat dikendalikan secara terancang melalui pelbagai aspek.

Perbincangan juga berkait dengan Pengurusan COVID-19 di negeri Melaka dan persediaan kerajaan negeri dalam peralihan Fasa 3 yang akan diumumkan oleh YAB PM.

Pihak MKN menyokong penuh usaha dan pelan strategik Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negeri Melaka untuk membentuk imuniti kelompok demi kepentingan masyarakat amnya.

#MKNMelaka

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut