ONE STOP COVID-19 ASSESSMENT CENTRE (OSCAC) PASIR GUDANG DITUTUP SECARA RASMI

JOHOR BAHRU, 8 Oktober 2021 – One Stop Covid-19 Assessment Centre (OSCAC) Pasir Gudang ditutup secara rasmi jam 1 petang pada 8 Oktober 2021 selepas beroperasi selama 8 bulan selain penurunan purata kes positif jangkitan Virus Covid-19 di kawasan sekitar Johor Bahru. Selain Pasir Gudang, OSCAC Bukit Indah juga ditutup dan operasi CAC di klinik kesihatan terpilih akan bermula pada 10 Oktober ini.

Operasi CAC akan diteruskan di 13 klinik kesihatan terpilih sekitar Johor Bahru dan melibatkan petugas kesihatan yang berpengalaman bertugas di OSCAC Pasir Gudang dan Bukit Indah sepanjang tempoh operasi dua OSCAC tersebut. Ketua OSCAC Pasir Gudang, Doktor Rohaya Abdullah memaklumkan bahawa, selain penurunan jumlah purata kes sekitar 100 ke 150 kes positif sehari, penutupan operasi OSCAC ini juga berikutan Negara akan memasuki fasa endamik. Pengambil alihan operasi CAC oleh klinik-klinik kesihatan terpilih juga bakal menjadikan operasi CAC di negeri Johor lebih teratur. OSCAC Pasir Gudang memulakan operasi pada 31 Januari lalu melibatkan tenaga kerja petugas kesihatan seramai 60 orang sehari terdiri daripada doktor, jururawat dan sukarelawan kesihatan dari 7 buah klinik kesihatan di kawasan Tebrau. Untuk maklumat lanjut layari, http://tinyurl.com/cacjohorbahru

Terima kasih kepada petugas barisan hadapan One Stop Covid-19 Assessment Centre (OSCAC)

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …