PROGRAM VAKSINASI JOHOR IMMUPLAN DI PPV PERSADA, JOHOR

JOHOR BAHRU, 29 Julai 2021 – Program vaksinasi di bawah inisiatif kerajaan Negeri Johor, iaitu Johor ImmuPlan telah bermula pada 29 Julai 2021. Johor ImmuPlan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk membantu barisan hadapan ekonomi Johor termasuk pekerja Malaysia yang mempunyai permit kerja sah dan memiliki surat tawaran kerja atau surat majikan di Singapura. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu rakyat, khususnya mereka yang bekerja di Singapura untuk kembali bertugas, sekali gus merealisasikan hasrat jangka panjang pembukaan sempadan Malaysia-Singapura.

Para ‘Economic Frontliner’ yang berdaftar dengan ImmuPlan Johor akan mendapat suntikan dan seramai 800 orang dijangka menerima suntikan pada hari pertama pelancaran program ImmuPlan ini. Program ImmuPlan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan #ImunitiKelompok dibentuk dengan segera. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, layari FB ImmuPlan serta https://www.immuplan.my/

Kerajaan Negeri Johor akan sentiasa berusaha menambah baik program ini termasuk menyediakan lebih banyak bekalan vaksin bagi memastikan lebih ramai individu menerima vaksin di bawah program berkenaan tanpa mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

YAB Menteri Besar, Dato’ Haji Hasni Mohammad telah mengadakan lawatan ringkas ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Persada bagi melihat proses vaksinasi di bawah program Johor ImmuPlan. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan;  Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan), YB Dato’ Haji Mohd. Noh Ibrahim; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, Mohd Tarmizi Dan.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

 

Sumber:
Hasni Mohammad 
Makmur Johor

Artikel/Berita Terkini

PERKUKUH SINERGI PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN KAWASAN PERAIRAN MELAKA

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, mengetuai lawatan kerja bersama agensi strategik ke Rumah …

Barah Judi Atas Talian di Kalangan Belia Membimbangkan: Impak dan Langkah Menangani

Isu perjudian dalam talian (judi online) di Malaysia kini semakin membarah dan menjadi barah sosial dalam kalangan belia. Berdasarkan kenyataan …

Kenderaan Rosak Tersadai Di Parkir Awam dan Tepi Jalan: Impak dan Langkah Menangani

Fenomena kenderaan rosak, buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak parkir awam, PPR dan bahu jalan semakin kritikal.Di seluruh negara, …