PUSAT PERANGINAN SERI MENANTI RESORT, KUALA PILAH JADI LOKASI PPV BERGERAK

 

KUALA PILAH, 30 Jul – Dalam usaha untuk menjadikan Kuala Pilah mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober 2021 nanti, pelbagai inisiatif telah diambil dan salah satunya ialah menjadikan pusat peranginan iaitu Seri Menanti Resort sebagai Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB).

Menurut Pro Naib Cancelor Universiti Kebangsaan dan juga Ketua Operasi PPV Bergerak Hospital Canselor Tuanku Muhriz Profesor Datuk Dr Hanafiah Harunarashid, tujuan diwujudkan perkhidmatan ini khas bagi penduduk Seri Menanti adalah bagi mempercepatkan pemberian vaksin di mukim berkenaan.

“Program PPVB Seri Menanti di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu sudah bermula Isnin lalu menyasarkan 2,500 individu akan diberikan suntikan vaksin bagi dos pertama.

Sukarelawan PPV sedang membantu penerima vaksin.

“Kita menyediakan akses sebegini terutama bagi mereka yang belum mendaftar untuk vaksinasi di bawah PICK atau pun belum menerima tarikh janji temu melalui aplikasi MySejahtera,” katanya ketika ditemui di PPVB tersebut, di sini semalam.

Tambah Dr Hanafiah, sehingga semalam seramai 1,728 penduduk di sekitar Seri Menanti sudah divaksinasi melalui dua kaedah penyampaian iaitu di pusat pemberian vaksin dan menerusi lawatan rumah ke rumah bagi warga emas, orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai kekangan untuk hadir ke PPV.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti Datuk Abdul Samad Ibrahim, berkata program ini merupakan program yang kedua di Seri Menanti yang sebelum ini menyaksikan seramai 1,000 orang yang majoritinya warga emas menerima vaksin melalui PPV Bergerak yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah.

Kredit : Jabatan Penerangan Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT KHAS SIDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA MEMBINCANGKAN SITUASI TEGANG DI TIMUR TENGAH

15 APRIL 2024 – Mesyuarat khas sidang MKN telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri 1, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid …
Maklumat Lanjut

MPHTJ PERGIAT KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DI KAWASAN TERJEJAS BANJIR

AYER KEROH – Kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir susulan hujan lebat berterusan petang semalam sudah dijalankan syarikat konsensi pembersihan …
Maklumat Lanjut

PENCEGAHAN DAN KAWALAN COVID-19 SEMASA MUSIM PERAYAAN

Syawal yang diraikan biasanya melibatkan aktiviti ziarah menziarahi serta perjumpaan dengan ramai orang di tempat yang tertutup dan sesak. Oleh …
Maklumat Lanjut