OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN SOP PPN FASA 1 SEKTOR PERINDUSTRIAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN NILAI

            

Satu Operasi Bersepadu Pemantauan dan Pemeriksaan SOP PPN Fasa 1 telah dijalankan ke atas sektor perindustrian dan perkilangan sekitar Nilai. Operasi ini melibatkan kerjasama antara 8 agensi yang terdiri daripada MKN Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Tenaga Kerja daerah Seremban, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban.

Hasil operasi bersepadu ini, 1 arahan penutupan kilang secara serta merta dan 1 kompaun individu telah dikenakan atas kesalahan menjalankan operasi dibawah sektor bukan perkhidmatan perlu dan gagal mengimbas MySejahtera sebelum memasuki premis seperti yang telah ditetapkan didalam SOP AM PPN Fasa Pertama yang dikemas kini bertarikh 23 Jun 2021. Selain itu, 3 premis perniagaan turut dikenakan kompaun oleh MBS atas pelbagai kesalahan dan 1 kompaun dikeluarkan oleh JTK dibawah Seksyen 24D Akta 446.

Operasi bersepadu seumpama ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan semua pihak sentiasa prihatin dan mematuhi SOP yang berkuat kuasa. Pihak berkuasa juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu melaksanakan tanggung jawab dan memainkan peranan dalam membendung, mengawal serta mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di Negeri ini.

       

 

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut