DUA NELAYAN DIDENDA RM10,000 MILIKI IKAN BOM

PROSIDING: Kedua-dua tertuduh diiring keluar dari mahkamah selepas prosiding berhubung kes memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan di perairan Semporna.

TAWAU: Dua nelayan didenda keseluruhan RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan atau bom ikan di perairan Semporna, bulan lalu.

Tertuduh, berusia 41 dan 50 tahun, masing-masing didenda RM5,000 atau penjara 10 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman dijatuhkan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati memiliki 10 ekor ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan ketika berada di dalam sebuah bot pam berwarna biru tanpa nombor pendaftaran di perairan Bulipatuid, Semporna, pada jam 12.30 tengah hari, 19 September lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 kerana memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM250,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Laester Bulun, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …

DUA NELAYAN DIDENDA RM10,000 MILIKI IKAN BOM

PROSIDING: Kedua-dua tertuduh diiring keluar dari mahkamah selepas prosiding berhubung kes memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan di perairan …