TIGA DITAHAN KES PUKUL, UGUT BAKAR RUMAH

TANGKAP: Semua ditahan polis bagi membantu siasatan kes memukul seorang individu dan mengugut membakar rumah kongsi di Kampung Tanah Merah, Merotai Besar, Tawau.

TAWAU: Gara-gara perselisihan faham, seorang individu bukan saja didakwa dipukul, malah diugut rumah kongsi yang didiaminya akan dibakar dalam kejadian di Kampung Tanah Merah, Merotai Besar, di sini, Ahad lepas.

Susulan kejadian itu, polis menahan tiga individu termasuk dua wanita berusia 42 dan 47 tahun serta seorang lelaki berusia 45 tahun bagi membantu siasatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa didatangi sekumpulan individu ketika berada di sebuah rumah kongsi.

Katanya, seorang wanita kemudian menarik rambut pengadu sebelum seorang lelaki tidak dikenali menumbuk bahagian tepi telinga kanan mangsa sehingga menyebabkan kesakitan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berhubung dakwaan pengadu menyiram seorang individu dengan air panas dan memukul anak individu terbabit.

“Pengadu turut mendakwa diugut rumah kongsi yang didiaminya akan dibakar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Rosdi berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai menjalankan operasi pengesanan sebelum berjaya menahan ketiga-tiga suspek di pekarangan balai berkenaan.

Menurutnya, semua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan kekerasan atau ugutan ketika menyelesaikan perselisihan faham, sebaliknya mengambil tindakan melalui saluran yang betul.

 

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

KILANG LEKOR KOTOR, BEROPERASI TANPA LESEN DI TAWAU DITUTUP

OPERASI: Dr Shameer mengetuai operasi penguatkuasaan di sebuah kilang pengeluaran keropok lekor dan kuih bahulu di Tawau yang ditutup kerana …

TIGA DITAHAN KES PUKUL, UGUT BAKAR RUMAH

TANGKAP: Semua ditahan polis bagi membantu siasatan kes memukul seorang individu dan mengugut membakar rumah kongsi di Kampung Tanah Merah, …

PERKUKUH SINERGI PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN KAWASAN PERAIRAN MELAKA

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, mengetuai lawatan kerja bersama agensi strategik ke Rumah …