OPERASI HARI PERTAMA PPV ONE HOPE CHARITY

PULAU PINANG, 27 Julai 2021 – Suasana dilihat lancar pada hari pertama pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) One Hope Charity and Welfare (One Hope Charity) dekat Shop-in D’Park Autocity, Juru pada 26 Julai 2021. Kebanyakan penerima vaksin yang hadir ke PPV berkenaan yang dibuka sejak jam 9 pagi adalah terdiri daripada golongan warga emas.

One Hope Charity and Welfare merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membuka PPV berkonsepkan dalam taman dengan tujuan untuk membuka lebih banyak peluang kepada orang awam menerima suntikan vaksin COVID-19. Sukarelawan yang terlibat di PPV ini adalah terdiri daripada pasukan perubatan dan sokongan yang disediakan NGO berkenaan untuk membantu melicinkan proses vaksinasi. PPV tersebut akan beroperasi setiap hari dan akan memberi suntikan 360 dos sehari sebelum dipertingkatkan kepada 1,000 dos sehari.

Dalam perkembangan lain, satu lawatan ke ke tapak cadangan PPV PIKAS di Bahtera Impian Pagar Buluh turut dilaksanakan pada hari yang sama. Tapak cadangan ini terletak di Daerah Barat Daya.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

         

Artikel/Berita Terkini

DUA NELAYAN DIDENDA RM10,000 MILIKI IKAN BOM

PROSIDING: Kedua-dua tertuduh diiring keluar dari mahkamah selepas prosiding berhubung kes memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan di perairan …

KILANG LEKOR KOTOR, BEROPERASI TANPA LESEN DI TAWAU DITUTUP

OPERASI: Dr Shameer mengetuai operasi penguatkuasaan di sebuah kilang pengeluaran keropok lekor dan kuih bahulu di Tawau yang ditutup kerana …

TIGA DITAHAN KES PUKUL, UGUT BAKAR RUMAH

TANGKAP: Semua ditahan polis bagi membantu siasatan kes memukul seorang individu dan mengugut membakar rumah kongsi di Kampung Tanah Merah, …