1,000 PENDUDUK TERIMA VAKSIN DI JOHOL, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

KUALA PILAH, 25 Jul – Kehadiran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mobil Institut Jantung Negara (IJN) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’  Undang Abdul Manap (SMKDUAM), Johol dilihat telah merancakkan lagi proses pemberian vaksin kepada 1,000 orang penduduk meliputi masyarakat Orang Asli dan penduduk setempat di sini.

PPV IJN Mobil yang beroperasi melalui satu unit bas dan satu unit treler yang dilengkapi dua ruang vaksinasi dan satu ruang ICU adalah satu inisiatif IJN untuk mendekati masyarakat di luar bandar dan pedalaman.

Menurut Pengarah Bergerak Vaksinasi IJN Prof Datuk Dr. Mohamad Ezani Md Taib, seramai 40 orang petugas kesihatan IJN termasuk dua doktor pakar bedah dan empat pegawai perubatan dibantu oleh jururawat dan pegawai sokongan kesihatan telah turut serta dalam pengoperasian PPV Mobil IJN ini.

Dalam rangka jelajah PPV Mobil IJN ini, Negeri Sembilan merupakan negeri kedua selepas Johor dan mukim Johol dan Serting menjadi lokasi pemberian vaksin dengan anggaran sejumlah 3000 dos vaksin jenis Pzifer dapat diberikan.

Kredit : Malaysiaaktif.my (Jabatan Penerangan Negeri Sembilan)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …