PROGRAM JIWA MURNI BERSAMA PELAJAR PUSAT TAHFIZ SEKITAR NEGERI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 16 Julai 2021 – Program Jiwa Murni Bersama Pelajar Pusat Tahfiz di sekitar Negeri Pulau Pinang merupakan salah satu inisiatif Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang dalam usaha membantu kumpulan kecil yang terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 yang masih berlarutan. Program yang melibatkan tiga buah Pusat Tahfiz iaitu Madrasah Tahfiz Darul Ukasha, Madrasah Tahfiz Al-Quranul Karim BaitulIrfan dan Mahad Tahfiz Al Ahmad Darul Quran telah dilaksanakan pada hari ini dengan pemberian sumbangan pek makan tengahari kepada semua pelajar di Madrasah yang berkenaan.

MKNPP mengharapkan agar kadar vaksinasi harian terus berkembang positif.  Ini kerana, lebih ramai yang dilindungi dengan vaksinasi, semakin longgar kawalan pergerakan yang boleh dilaksanakan, lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang boleh dibuka seterusnya dapat membantu golongan yang terkesan akibat pandemik ini. Marilah seluruh rakyat Malaysia, daftarkan diri anda dan orang tersayang sebagai penerima vaksin agar negara ini dapat mencapai kelompok imuniti dengan secepat mungkin.

#MKN50

#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …