PKPD TAMAN NAGASARI KERJASAMA UTUH SEMUA AGENSI

SEBERANG PERAI TENGAH, 16 Julai 2021 – Umum mengetahui bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Taman Nagasari, Mukim 6, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang mulai 4 Julai 2021 yang lepas akibat peningkatan kes penularan COVID-19 dalam tempoh yang singkat di kawasan berkenaan. Pelaksanaan PKPD Nagasari ini melibatkan pemasangan kawat duri sepanjang 2.1 kilometer hasil kerjasama pelbagai agensi. Selain itu, bantuan khidmat masyarakat turut dititkberatkan pelbagai pihak terhadap penduduk yang terlibat dalam kawasan PKPD. PKPD Taman Nagasari akan ditamatkan pada 17 Julai 2021.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes lebih bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh PKPD berkuatkuasa.

#MKN50

#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …