PROGRAM MOBILISASI VAKSIN KOMUNITI (MOVAK) PERINGKAT KEBANGSAAN DI DAERAH KLUANG, JOHOR

KLUANG, 10 Julai 2021 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah menjalankan tinjauan ke Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) yang berlangsung di Dataran Tasik Putih, Kluang, Johor. Program tersebut dihadiri oleh YB Datuk Hajah Zuraidah binti Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), YB Datuk Halimah bin Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara), YBhg Datuk Wan Suraya binti Wan Md Radzi (KSU Kementerian Perpaduan Negara), YBhg Tuan Haji Abd Halim bin Hassan (KP JPNIN), YB Dato’ Dr Aman bin Rabu (Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Johor) dan YBhg Haji Jamaludin bin Haji A Hamid (Pegawai Daerah Kluang). Turut hadir bersama ialah YDH ACP Low Hang Seng (Ketua Polis Daerah Kluang) dan Dr. Linanyanti binti Rosli (Pegawai Kesihatan Daerah, Kluang).

Sebanyak 25 buah bas MOVAK yang merupakan inisiatif di antara Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan digerakkan ke seluruh negara dalam anggaran tempoh 4 bulan. Program MOVAK ini akan diselaraskan bersama oleh pihak CITF Kebangsaan, CITF Negeri, CITF Daerah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah bagi mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin terutama di kawasan bandar dan luar bandar termasuk di kawasan perkampungan dan perkampungan orang asli yang jauh dari lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV). MOVAK ini terbahagi kepada 3 unit iaitu unit panggilan, unit mobilisasi kenderaan dan unit tindakan komuniti. MOVAK ini akan turut mensasarkan pemberian vaksin kepada peniaga dan penjaja kecil. Seramai 200 orang telah menerima vaksin melalui MOVAK ini di Dataran Tasik Putih, Kluang pada hari ini.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan komorbid dan luar bandar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang 

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

                                                       

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut