LAWATAN TAPAK PPV PANDU LALU USM, KAMPUS INDUK

GELUGOR, 10 Julai 2021 – Sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu di Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Induk akan dibuka bermula 23 Julai 2021. Sehubungan itu, satu lawatan tapak telah dilaksanakan oleh pasukan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Akademi Sains Malaysia pada hari ini.

PPV secara pandu lalu merupakan salah satu inisiatif yang berkesan dalam usaha mencapai objektif Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). PPV pandu lalu di USM ini kelak dijangka mampu menampung sehingga 1,000 suntikan sehari melibatkan penerima vaksin dos kedua.

 

 

#MKN50

#MenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …