TINJAUAN SEKITAR BARAT DAYA DAN TIMUR LAUT BAGI AKTIVITI SUKAN

PULAU PINANG, 11 Julai 2021 – Umum mengetahui Negeri Pulau Pinang telah beralih ke Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 7 Julai 2021. Menerusi SOP PPN Fasa 2, semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu yang tidak bersentuhan fizikal bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka dalam lingkungan 10 km dari kediaman bermula jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam. Aktiviti tersebut adalah seperti joging, senaman, taichi, berbasikal, skate boarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

Hasil tinjauan Tim Pemantauan Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) di sekitar daerah Barat Daya dan daerah Timur Laut mendapati warga Pulau Pinang mula menjalani aktiviti riadah seperti berbasikal, joging dan mendaki. Meskipun Pulau Pinang telah beralih ke Fasa 2 PPN, orang ramai diingatkan agar tidak leka dan mengambil ringan berkenaan pematuhan SOP. SOP-SOP yang berkaitan Fasa 2 PPN boleh dirujuk menerusi laman sensawang MKN di pautan https://www.mkn.gov.my/web/ms/pelan-pemulihan-negara-fasa-2/.

 

#MKN50

#MenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut