NAK BELI UBAT ONLINE?

Sentiasa berhati-hati sekiranya anda ingin membeli produk ubat-ubatan samada yang dijual secara dalam talian mahupun melalui laman media sosial. Semak terlebih dahulu status pendaftaran produk yang dijual dan juga kesahihan tuntutan/testimoni yang dibuat dalam iklan yang disiarkan. Elakkan diri anda daripada terpedaya dan menjadi mangsa kerakusan penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab.
Dapatkan bekalan produk ubat-ubatan anda daripada sumber ataupun penjual yang diyakini seperti klinik perubatan ataupun premis farmasi berlesen.

 

Tidak semua promosi dan tuntutan iklan ubat adalah benar dan boleh dipercayai!

 

Jangan jadi mangsa penipuan oleh penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab.

Pastikan 2 perkara sebelum membelikan ubat :

  1. Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram).
  2. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)

JADILAH PENGUNA YANG BIJAK!

#biarbetuliklanni!

#jualubatberdaftar

#KKLIUadabaruOK

Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my

 

Sumber: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

 

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut