MENDERMA DARAH SEMASA PKP 3.0

Kegusaran penderma yang Pusat Darah Negara (PDN) ambil maklum…..
A: Susahlah nak derma darah masa PKP ni.
B: Nanti ada roadblock macam mana?
C: Saya atau keluarga tak perlukan penerimaan darah.
D. Tak tahu nak derma kat mana la…..
Pendermaan darah kepada pesakit sentiasa diperlukan. Sebanyak 2000 beg darah di perlukan oleh pesakit setiap hari di seluruh Malaysia.
Di masa akan datang, mungkin anda juga yang perlukan darah!
Datang derma dan terus pulang!
Patuhi SOP!
MENDERMA DARAH SEMASA PKP 3.0
PKP bukanlah satu halangan untuk kita menderma darah. Jika anda hendak menderma darah jangan lupa ikuti langkah-langkah di bawah untuk memastikan proses pendermaan yang lancar. PDN masih beroperasi seperti biasa dan berbesar hati menanti kehadiran anda. Para penderma budiman boleh menggunakan link Pusat Darah Negara yang telah disediakan : http://linktr.ee/dermadarah. Anda boleh memeriksa kesesuaian untuk menderma darah sebelum merancang pendermaan darah anda.
Untuk memudahkan perjalanan tuan/puan ke pusat kutipan darah kami, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, kami memohon para penderma untuk:
  • Membawa buku/kad penderma darah (untuk penderma regular); ATAU
  • Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah. (Slip ini akan dihantarkan ke e-mel yang diberikan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah); ATAU
  • Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara atas talian. Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke e-mel tuan/puan dan seterusnya perlu dicetak.
Anda boleh menderma darah di Pusat Pendermaan Darah Statik PDN di:
1.Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
   Isnin – Jumaat : 7.30 pagi hingga 9.00 malam
   Sabtu – Ahad & Cuti Umum : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
2.Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
   Isnin – Rabu : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
   Khamis – Ahad : 1.00 petang hingga 8.30 malam
3.PDN Donation Suite, Midvalley Megamall, Level 3 (Mezzanine), (Sebelah Tingkat Atas Daiso)
   Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 9.00 malam
ATAU di tabung-tabung darah atau kempen darah berdekatan.
Sila tunjukkan buku atau kad derma darah/slip temujanji /borang pendaftaran penderma darah secara online kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi melancarkan perjalanan ke pusat kutipan darah kami. Terima kasih atas jasa baik tuan/puan. Segala kesulitan amat dikesali.

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut