OPS SEPADU PEMANTAUAN DAN PEMATUHAN SOP BAZAR AIDILFITRI DI DAERAH SEREMBAN

         

SEREMBAN, 4 MEI – Satu Operasi Bersepadu Pemantauan dan Pematuhan SOP Bazar Aidilfitri sekitar daerah Seremban telah diadakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Pegawai-pegawai Task Force Operasi Pematuhan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan, Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Seremban dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia. Sebanyak enam (6) tapak bazar Aidilfitri terlibat dalam operasi ini iaitu Bazar Aidilfitri Dataran Senawang 1, Bazar Aidilfitri Dataran Senawang 2, Bazar Aidilfitri Dataran Senawang 3, Expo Uptown Senawang, Foodtruck Dataran Senawang dan Bazar Aidilfitri Bandar Prima Senawang.

Seramai kira-kira 69 orang pegawai dan anggota telah terlibat dalam operasi ini bagi memantau dan memastikan pematuhan SOP Bazar Aidilfitri sentiasa dititikberatkan oleh penganjur serta para pengunjung. Hasil operasi bersepadu mendapati, antara ketidakpatuhan yang paling ketara ialah kegagalan mematuhi penjarakan sosial sesama pengunjung serta tidak memakai pelitup muka seperti yang telah ditetapkan dalam SOP. Sebanyak sembilan (9) kompaun telah dikeluarkan oleh Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seremban merangkumi kesalahan tidak mematuhi syarat lesen bawah UUK 6(3) Tred Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu kegagalan memastikan tiada penjarakan fizikal dan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) iaitu kegagalan Pematuhan SOP.

Selain itu, penganjur Bazaar Aidilfitri di sekitar Daerah Seremban dilihat turut melaksanakan inisiatif pematuhan SOP seperti memastikan kawalan masuk pengunjung bagi mengelakkan kesesakan dengan menggunakan khidmat anggota RELA, pendaftaran pengunjung melalui MySejahtera, penyediaan cecair sanitasi (hand sanitizer) dan penyediaan sistem nombor untuk memastikan bilangan pengunjung terkawal di dalam kawasan bazar.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …