OPS NYAHKUMAN SEKOLAH-SEKOLAH WPKL

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus setia menjaga warganya tanpa mengira status.

Satu operasi nyahkuman diadakan di Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman bin Affan (SUBA) bersebelahan Masjid Saidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Turut hadir sama pagi ini adalah YBhg. Datuk Hj. ahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang telah sudi untuk turun padang dan melihat sendiri proses nyah kuman dilakukan.

Operasi nyah kuman di sekolah sekolah Wilayah Persekutuan adalah adalah salah satu daripada inisiatif Wilayah Cakna 3.0 yang menekankan konsep Wilayah Persekutuan Prihatin telah bermula sejak 6 Januari 2021.

Sebanyak 446 buah sekolah di Kuala Lumpur iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) & (T), Sekolah Rendah Agama dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) terlibat dalam operasi ini.

Operasi oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah (JBPM), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Bagi operasi pada hari ini gabungan kekuatan anggota JKAS dan JBPM adalah seramai 40 orang dan 60 orang bagi setiap pasukan.

Objektif keseluruhan operasi ini adalah untuk menyediakan persekitaran sekolah yang telah dinyah kuman (decontaminated) sebelum sesi persekolahan bermula serta memberi penerangan kepada pihak sekolah akan tatacara nyah kuman sekaligus meningkatkan kesedaran dan penjagaan kendiri dalam kalangan pelajar dan warga Kuala Lumpur.

Kita jaga kita.

 

Sumber: FB DBKL

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …