SANTUNI PETUGAS-PETUGAS DI SEKATAN JALAN RAYA

Shah Alam 21 Januari 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor telah mengadakan program penyampaian sumbangan dan menyantuni petugas-petugas barisan hadapan di lima (5) lokasi sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Lembah Klang.

Turut hadir bersama Pengarah Keselamatan Negeri di dalam program ini adalah Brigedier Jeneral Noorrul Azril bin Ariffin,  Panglima 11 Briged dan Supritenden Rudy bin Abdullah, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor yang mewakili Ketua Polis Selangor.

Pengarah Keselamatan Negeri Selangor dan Panglima 11 Briged turut menyampaikan kata-kata semangat kepada para petugas di SJR yang dilawati dan mengingatkan mererka untuk sentiasa melaksanakan tugas demi Allah s.w.t. dan negara.

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …