KESELAMATAN PELAJAR TIDAK DILUPAKAN

Sepanjang bulan Januari 2021, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan operasi nyahkumah secara menyeluruh di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini bertujuan untuk memastikan premis institusi pendidikan ini selamat tatkala sesi persekolahan bermula.

Sejumlah 446 premis sekolah telah berjaya disantiasi bermula daripada 6 Januari hingga 19 Januari 2021 lalu.

Operasi ini turut mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat WPKL, Jabatan Pendidikan WPKL, Pejabat Pendidikan Daerah, JAWI, serta kakitangan sekolah-sekolah yang terlibat.

DBKL mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat kerana prihatin dan peka terhadap keselamatan pelajar ketika sesi persekolahan bermula kelak.

Operasi ini tidak sahaja tertumpu kepada proses nyahkuman tetapi turut memberikan tunjukajar kepada kakitangan sekolah tatacara yang betul untuk melaksanakan proses nyahkuman kerana selepas ini pihak sekolah yang akan melaksanakannya dari semasa ke semasa.

Kami terus jaga anda.
Sumber: FB DBKL

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …