DUA LELAKI WARGA ASING DICEKUP BAWA SYABU DI SEMPORNA

TANGKAP: Kedua-dua suspek bersama dadah jenis syabu yang dirampas dibawa ke IPD Semporna untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Cubaan dua lelaki warga asing memiliki dadah disyaki syabu terbongkar apabila mereka ditahan dalam dua tangkapan berasingan menerusi Ops Tapis di sekitar Kampung Sri Jaya, di sini.

Dalam operasi itu, polis merampas dadah disyaki methamphetamine seberat keseluruhan 5.61 gram daripada kedua-dua suspek yang berusia 30 dan 53 tahun.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah berkata, kedua-dua tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

Katanya, suspek pertama berusia 30 tahun ditahan ketika berada di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan menemukan satu paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki methamphetamine dengan anggaran berat 0.17 gram.

“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tan berkata, dalam tangkapan kedua, polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun dan pemeriksaan menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki syabu seberat 5.44 gram.

“Suspek kedua ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Pejabat BSJND IPD Semporna bagi menjalani proses siasatan dan tindakan lanjut.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Polis akan terus mempergiatkan usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan berkaitan dadah,” katanya.

Tan turut meminta orang awam menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengetahui mengenai aktiviti penyalahgunaan atau pengedaran dadah bagi membantu membanteras kegiatan berkenaan.

 

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERINGATAN KEPADA MAJIKAN: PASTIKAN PEKERJA ASING MEMPUNYAI DOKUMEN YANG SAH

Majikan diingatkan supaya memastikan setiap pekerja asing yang diambil bekerja mempunyai dokumen perjalanan dan pas yang sah serta mematuhi syarat …

PEMEGANG KAD UNHCR MASIH TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG IMIGRESEN

Pelarian Rohingya yang memegang kad UNHCR masih dikategorikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan tertakluk kepada Akta Imigresen 1959/63 …

JADILAH IBU BAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB

Keselamatan anak-anak seharusnya menjadi keutamaan dalam setiap perjalanan. Namun, masih terdapat ibu bapa yang membonceng anak ke sekolah tanpa memastikan …