OPERASI PENUTUPAN KILANG TOP GLOVE

OPERASI PENUTUPAN KILANG TOP GLOVE SECARA BERPERINGKAT UNTUK TUJUAN SARINGAN DAN KUARANTIN PEKERJA

KLANG – Sidang Majlis Keselamatan Negara pada 23 November 2020 yang dipengerusikan oleh telah meluluskan arahan untuk menutupkan 28 kilang Top Glove yang beroperasi di sekitar Meru, Daerah Klang. Penutupan kilang ini secara berperingkat bagi memastikan semua pekerja kilang Top Glove disaring, kilang dibersihkan dan disanitasi dan SOP oleh Kementerian Kesihatan dipatuhi oleh pengurusan kilang.

Pada 25 November 2020 sekitar jam 8.30 pagi, operasi penutupan berperingkat telah dilaksanakan di Kilang Top Glove F4 dan F14AW di Jalan Teratai , Meru Klang. Operasi ini  telah dilaksanakan oleh Dr. Masitah bt. Mohamed, Pegawai Kesihatan Daerah Klang dan pasukan penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Turut hadir adalah YBrs. Tuan Haji Mohd Zainal bin Mohd Nor, Pegawai Daerah Klang, Puan Faizatul Aini Mohd Adnan, Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Negeri Selangor dan Dato’ Lee Kim Meow, Pengarah Urusan Kilang Top Glove, ACP NurulHuda Mohd Salleh Ketua Polis Daerah Klang Utara.

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …