VESEL NELAYAN FILIPINA BERSAMA 65 KRU DITAHAN CEROBOH PERAIRAN NEGARA

RAMPAS: Kapal nelayan asing yang ditahan selepas disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran di perairan negara.

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Labuan menahan sebuah Vesel Nelayan Asing (VNA) Filipina bersama 65 kru yang disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran di perairan negara, Ahad lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, vesel berkenaan dikesan kira-kira jam 1.30 petang pada kedudukan lebih kurang 18 batu nautika barat Pulau Mantanani ketika aset Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan rutin.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati kesemua kru sedang memunggah kira-kira empat tan hasil laut ke dalam vesel berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 65 kru termasuk tekong berada di atas vesel itu.

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri atau permit kerja yang sah.

“Mereka juga disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, vesel bersama tekong, kru dan hasil laut kemudian ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan membabitkan vesel dan hasil laut dianggarkan berjumlah RM350,000.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana vesel nelayan asing yang menceroboh perairan negara atau menjalankan aktiviti perikanan tanpa kebenaran.

“Tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan selaras dengan peruntukan undang-undang bagi memastikan kedaulatan perairan, kepentingan sumber perikanan serta keselamatan maritim negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Katanya, orang ramai, khususnya komuniti nelayan yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387 774 atau talian kecemasan 999 bagi membolehkan tindakan segera diambil.

 

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …