PERBEZAAN JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA

Tahukah anda? Tidak semua sekolah di Malaysia berada dalam kategori yang sama.

Secara umumnya, sekolah di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat kategori utama:

✅ Sekolah Kerajaan
✅ Sekolah Bantuan Kerajaan
✅ Sekolah Swasta
✅ Sekolah Persendirian

Setiap kategori mempunyai perbezaan dari segi pemilikan, sumber pembiayaan, pengurusan, yuran dan kurikulum yang digunakan.

Antara perkara yang sering disalah fahami ialah peranan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK). Walaupun menerima bantuan kerajaan bagi operasi dan gaji guru, pembangunan fizikal seperti pembinaan bangunan baharu tidak diperuntukkan secara langsung seperti sekolah kerajaan. Bantuan kerajaan lazimnya tertumpu kepada penyelenggaraan, pembaikan dan naik taraf skop tertentu.

Memahami perbezaan ini penting supaya masyarakat mendapat gambaran yang lebih tepat mengenai sistem pendidikan negara.

 

📚 Pendidikan untuk Perubahan

 

Sumber : Malaysia Mendidik

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …