PUNCA MENGEJUT PREMIS MAKANAN DI TUTUP

Ramai sangka premis makanan hanya akan ditutup jika ada tikus atau lipas, tetapi sebenarnya banyak faktor lain boleh menyebabkan tindakan diambil, termasuk dapur kotor, tiada suntikan tifoid pengendali makanan, pencemaran silang, serta penyimpanan makanan pada suhu tidak selamat.

Bahagian yang pelanggan tidak nampak seperti dapur, peti sejuk, papan pemotong dan kebersihan tangan pekerja sering menjadi punca utama risiko keracunan makanan.

Walaupun makanan nampak bersih, bakteria masih boleh membiak dan menyebabkan simptom seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut, terutama kepada golongan berisiko.

 

Penutupan premis bukan sekadar hukuman, tetapi langkah keselamatan awam. Kebersihan perlu dijaga setiap hari, dan pelanggan juga perlu peka terhadap tanda-tanda kebersihan sebelum memilih makanan.

Sumber: @publichealthmalaysia
#AWANInews

 

Artikel/Berita Terkini

KENALI DAN LINDUNGI DARIPADA SINARAN ULTRA UNGU

Dalam keadaan cuaca yang lebih panas, kurang hujan dan langit yang lebih cerah, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika …

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …