KISAH SERAT DAN KOLESTROL

Tahukah anda bahawa serat bukan sahaja membantu melancarkan sistem penghadaman, malah memainkan peranan penting dalam mengawal paras kolestrol dalam darah?

Kolestrol terbahagi kepada dua jenis utama iaitu kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan HDL (kolestrol baik). Paras LDL yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan plak pada dinding salur darah, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Disinilah serat akan memainkan peranan penting, terutamanya serat larut. Serat larut bertindak seperti span yang menyerap asid hempedu dan kolestrol dalam usus sebelum ia diserap ke dalam badan. Akibatnya, hati perlu menggunakan lebih banyak kolestrol untuk menghasilkan asid hempedu baharu, sekaligus menurunkan paras kolestrol LDL.

Antara sumber serat larut adalah seperti berikut ot, barli, epal, oren, jambu batu, kekacang,kacang pis, bendi dan biji chia. Selain membantu mengawal kolestrol, makanan tinggi serat jua membuatkan kita kenyang lebih lama dan membantu mengawal berat badan serta menstabilkan paras gula dalam darah.

Orang dewasa disarankan mengambil sekitar 25 hingga 30 gram serat setiap hari.Namun, kebanyakan rakyat Malaysia masih belum mencapai jumlah yang disyorkan. Tingkatkan pengambilan serat secara beransur-ansur dan minum air yang mencukupi untuk mengelakkan ketidakselesaan pada sistem penghadaman.

Ingat, serat bukanlah ubat ajaib. Ia perlu digabungkan dengan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang konsisten dan pemerikssaan kesihatan berkala bagi memastikan paras kolestrol terkawal.

Jaga serat, kawal kolestrol, lindungi jantung.

Langkah kecil ini mampu memberi manfaat besar untuk kesihatan masa hadapan.

Sumber : Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …