INOVASI PEMBAYARAN BANTU OPERASI PERNIAGAAN PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)

Dalam landskap ekonomi yang semakin dipacu teknologi digital, sistem pembayaran yang cekap bukan lagi sekadar kemudahan, malah menjadi faktor penting yang menentukan daya saing dan kelangsungan sesebuah perniagaan. Seiring pertumbuhan pesat transaksi pembayaran elektronik yang mencecah 18.4 bilion pada 2025, inovasi dalam teknologi pembayaran dilihat semakin memainkan peranan penting dalam membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkatkan kecekapan operasi, mengukuhkan aliran tunai dan memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.

Namun, terdapat beberapa cabaran besar yang masih dihadapi oleh PKS ketika beralih kepada pembayaran digital antaranya ialah proses penyediaan sistem pembayaran dalam talian yang kompleks dan memakan masa. Ramai di kalangan usahawan masih perlu berdepan integrasi teknikal, keperluan keselamatan, pematuhan kepada peraturan serta proses penyelarasan transaksi yang dilakukan secara manual.

Justeru, penyelesaian seperti debit terus dan pembayaran berulang mampu mengurangkan kelewatan pembayaran, meminimumkan tunggakan invois serta menjadikan aliran tunai lebih konsisten. Kutipan bayaran juga dapat dilakukan secara automatik, pemilik perniagaan boleh memberi lebih tumpuan kepada pertumbuhan syarikat berbanding mengejar pembayaran pelanggan.

Kebanyakan pengguna/pembeli lebih gemar menggunakan transaksi pembayaran yang pantas, mudah dan fleksibel, khususnya melalui pembayaran kod QR, e-dompet, pembayaran dalam talian serta skim pembayaran ansuran.

Justeru, peniaga-peniaga terutamanya PKS lebih ramai menggunakan platform digital ini selaras dengan peredaran zaman. Pembangunan infrastruktur pembayaran rentas sempadan menjadi semakin penting apabila lebih ramai PKS menembusi pasaran global mlalui e-dagang.

Sumber :kosmo.com.my

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …