VAPE BUKAN SEKADAR BATUK
Satu laporan kes perubatan baharu mengingatkan orang ramai bahawa vape bukan sekadar isu “asap wangi”, “flavour sedap” atau “alternatif lebih selamat”. Namun penggunaannya mampu menjadikan pengguna mengalami sesak nafas, wheezing dan batuk berkahak serta pengguna juga berisiko mnegalami pneumomediastinum di mana terdapat udara yang bocor dan terperangkap di ruang tengah dada, iaitu kawasan di antara paru-paru yang menempatkan struktur penting seperti jantung, salur darah besar, trakea dan esofagus.
Ini ialah tanda bahawa paru-paru atau saluran udara mungkin mengalami tekanan atau kecederaan sehingga udara boleh bocor ke tempat yang tidak sepatutnya.
Pakar perubatan menjelaskan beberapa mekanisme yang mungkin berlaku.
Pertama, cara seseorang menarik vape dengan kuat dan berulang boleh meningkatkan tekanan dalam dada. Tekanan ini boleh menyebabkan gelembung udara kecil dalam paru-paru pecah dan udara bergerak ke ruang mediastinum
Kedua, bahan kimia dalam aerosol vape boleh menyebabkan iritasi dan keradangan pada saluran pernafasan. Dalam sesetengah keadaan, ini boleh menyumbang kepada kecederaan paru-paru yang dikenali sebagai EVALI, iaitu e-cigarette or vaping product use-associated lung injury.
Sumber: Facebook Public Health Malaysia



