BILA UBAT DIABETES JADI TREN KURUS DUNIA

BILA UBAT DIABETES JADI TREN KURUS DUNIA

 

“Tetiba semua orang nak kurus. Tapi kali ini bukan dengan diet, bukan dengan senaman, tapi dengan jarum.”

Sejak kebelakangan ini, dunia menyaksikan satu fenomena baharu di mana ubat yang asalnya digunakan untuk membantu pesakit diabetes mengawal gula darah, seperti Ozempic dan Mounjaro, mula menjadi simbol “jalan cepat” untuk kurus.

Semuanya bermula apabila ramai pesakit diabetes yang menggunakan ubat seperti ini melaporkan berat badan mereka berkurang.

Ozempic mengandungi semaglutide, sejenis ubat yang meniru hormon semula jadi dalam badan untuk memberi isyarat kenyang kepada otak. Mounjaro pula mengandungi tirzepatide, yang bertindak pada dua laluan hormon dan boleh memberi kesan lebih ketara terhadap selera makan dan berat badan. Secara mudahnya, ubat ini membuatkan seseorang rasa kenyang lebih lama, makan lebih sedikit, dan membantu kawalan gula darah. Bila kalori yang masuk berkurang, berat badan pun menurun.

Namun, kesan sampingan seperti loya, muntah, sembelit, sakit perut dan hilang selera makan boleh berlaku. Dalam keadaan tertentu, ada risiko lebih serius seperti dehidrasi, gangguan buah pinggang, pankreatitis dan hipoglisemia, terutama jika digunakan tanpa pemantauan yang betul. Lebih membimbangkan, bila berat turun terlalu cepat, yang hilang bukan semestinya lemak sahaja. Otot juga boleh menyusut. Badan boleh nampak kecil, tetapi sebenarnya menjadi lebih lemah.

Kurus bukan salah. Menurunkan berat badan pun bukan perkara kecil, apatah lagi bagi mereka yang sudah lama bergelut dengan obesiti. Tetapi kurus yang sihat perlu datang bersama ilmu, pemantauan dan perubahan gaya hidup.

Kesihatan bukan sekadar angka di penimbang. Kesihatan ialah tubuh yang kuat, gula yang terkawal, otot yang tidak hilang, fikiran yang lebih tenang, dan hidup yang masih boleh dinikmati tanpa rasa takut pada makanan.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …