19 DISYAKI AHLI PERTUBUHAN HARAM DITAHAN KETIKA SAMBUTAN ULANG TAHUN KUMPULAN

TAHAN: 19 lelaki yang disyaki terbabit sebagai ahli sebuah pertubuhan haram ditahan ketika menghadiri sambutan ulang tahun kumpulan berkenaan.

KENINGAU: Seramai 19 lelaki yang disyaki terbabit sebagai ahli sebuah pertubuhan haram ditahan ketika menghadiri sambutan ulang tahun kumpulan berkenaan dalam Op Cantas Bersepadu (Gangsterisme) di sebuah pusat makanan di Jalan Masjid, malam Khamis.

Dalam operasi kira-kira jam 9 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menyerbu premis berkenaan sebelum menahan semua suspek berusia antara 14 hingga 59 tahun.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, siasatan awal mendapati semua suspek disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Kappa Rho Kappa (KRK) atau Knight’s Of The Right Kepper’s yang diwartakan sebagai pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurutnya, hasil pemeriksaan turut membawa kepada rampasan 15 telefon bimbit pelbagai jenama dan dua kad keahlian kumpulan berkenaan.

“Pemeriksaan fizikal mendapati lima suspek mempunyai tatu pada bahagian tangan yang dipercayai menjadi simbol keahlian kumpulan itu.

“Selain itu, dua lagi suspek didapati memiliki kad keahlian KRK,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, pemeriksaan dokumentasi mendapati hanya empat individu memiliki dokumen pengenalan diri yang sah seperti MyKad, MyPR, MyKAS dan pasport.

Katanya, seramai 15 lagi gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri ketika pemeriksaan dijalankan.

Menurutnya, semua suspek mengaku berkumpul bagi menghadiri sambutan ulang tahun kumpulan KRK yang disambut pada setiap 24 Jun.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

“Siasatan terhadap individu yang tidak memiliki dokumen perjalanan diri pula dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …

MBSP CAR FREE MORNING @ SEBERANG PERAI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) MBSP CAR …

BRISK WALK: PERLUKAH IKUT BERAT BADAN DAN JARAK?

Berjalan pantas atau brisk walk semakin popular sebagai aktiviti fizikal yang mudah, murah dan sesuai dilakukan oleh kebanyakan orang. Namun, …