PENGUATKUASAAN KOD BAHARU ONSA PERLU EFEKTIF LINDUNGI KANAK-KANAK DARIPADA ANCAMAN DALAM TALIAN

Kuala Lumpur: Pelaksanaan penguatkuasaan dua kod baharu di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 13 Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) perlu dijalankan secara efektif bagi melindungi kanak-kanak daripada ancaman dalam talian.

Ibu kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa buli siber, Fatimah Lailati Omar, 53, berkata, beliau menyokong usaha kerajaan untuk melaksanakan penguatkuasaan itu.

“Perlu ada undang-undang dikuatkuasakan melindungi kanak-kanak seperti anak saya yang menjadi mangsa buli siber kerana ramai warga net kita amat toksid dan bersikap menghakimi.

“Dengan adanya undang-undang sebegini, ia boleh melindungi kanak-kanak. Namun pelaksanaannya harus diteliti kerana ia membabitkan banyak pihak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fatimah berkata, hantaran dimuat naik di media sosial yang mendorong perbuatan buli siber membabitkan anak lelakinya berusia 13 tahun pada tahun lalu masih belum diturunkan sehingga kini.

“Dalam kes anak saya, ia diibarat tiada penghujung. Laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga sudah dibuat, namun seakan tiada penyelesaian.

“Jadi apabila ada penguatkuasaan ini nanti, saya harap pelaksanaannya tidak ‘tempang’ dan hanya bersifat separuh jalan kerana kesan buli siber terhadap kanak-kanak boleh menjejaskan masa depan anak-anak.

“Perkara itu boleh dilihat pada anak saya yang dulunya ceria kini bertukar sikap. Malah dia trauma dengan apa yang berlaku (dibuli) sehingga perlu menerima psikiatri sehingga kini,” katanya.

Pada Julai 2025, media melaporkan Fatimah memaklumkan anak bongsunya yang ketika itu berusia 12 tahun menjadi murung dan takut selepas menjadi mangsa buli siber oleh ibu bapa rakan sekolah anaknya.

Ibu bapa kanak-kanak itu membuat hantaran di media sosial mendakwa anak Fatimah membuli anaknya sehingga mereka dihina dan diugut termasuk ugutan mahu menggilis anaknya dengan lori sehingga lunyai.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, pihaknya turut menyokong penguatkuasaan dua kod baharu berkenaan.

“Namun, ia harus diuar-uarkan kepada pihak yang terbabit dalam isu berkenaan terutama ibu bapa serta kanak-kanak sendiri mengenai hak dan tanggungjawab mereka.

“Justeru itu, maklumat berhubung pelaksanaan penguatkuasaan terbabit perlu dimaklumkan kepada mereka menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Ini kerana dua kementerian terbabit adalah komponen penting bagi menyalurkan maklumat berkaitan perincian undang-undang berkenaan supaya golongan sasar mengetahui mengenai hak serta tanggungjawab mereka,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan dua kod baharu di bawah ONSA iaitu Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) yang akan mula berkuat kuasa 1 Jun ini.

Ia bagi memperkukuhkan perlindungan kanak-kanak serta mewajibkan platform digital mengambil langkah lebih tegas terhadap kandungan memudaratkan.

Sumber

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1361830/penguatkuasaan-kod-baharu-onsa-perlu-efektif-lindungi-kanak-kanak-daripada

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …