MPJ TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN

Jasin – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meningkat standard aspek kebersihan dan kesihatan awam melibatkan premis makanan dalam kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, inisiatif itu dilaksanakan sempena Kempen Kesihatan Persekitaran di Kawasan PBT Tahun 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Pelaksanaan kempen ini merupakan langkah proaktif dalam memastikan premis makanan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berada pada tahap kebersihan memuaskan dan mematuhi piawaian kesihatan ditetapkan.

“Kebersihan premis makanan bukan sahaja memberi keyakinan kepada pelanggan, malah memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya.

Terdahulu Muhammad Zahiruddin melancarkan kempen berkenaan di Medan Selera Orang Jasin pada Isnin.

Menurutnya, menerusi kempen ini MPJ berharap lebih ramai pengusaha premis makanan akan terus menitikberatkan aspek kebersihan, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan selesa di kawasan Jasin.

“Kerjasama semua pihak khususnya pengusaha premis makanan amat penting dalam memastikan budaya kebersihan dapat diterapkan secara berterusan demi keselesaan dan kesejahteraan masyarakat di daerah ini,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …