ZIARAH KASIH JADI RUTIN ‘AH SEM’

Machap Jaya – Nasib rakyat memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus terbela menerusi inisiatif ziarah kasih yang menjadi rutin pemimpin di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem berkata, usaha itu digerakkan setiap minggu terutama apabila mempunyai masa senggang di sebalik kesibukan tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Katanya, antara yang sering dilakukannya adalah menziarahi penduduk yang sakit atau meninggal dunia, selain mereka yang berdepan kesusahan hidup.

“Saya memang suka turun padang dan mengadakan ziarah kasih kerana dari sini kita dapat tahu apa keperluan rakyat kurang bernasib baik dalam sudut kebajikan.

“Jika memerlukan bantuan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kita akan bantu permohonan tersebut dan jika ia memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda, katil dan sebagainya kita akan segerakan.

“Sebab itulah, saya sentiasa memohon kepada syarikat-syarikat swasta agar mengadakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi sumbangan kerusi roda atau katil untuk pesakit terlantar agar kita dapat berterusan membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini dalam wawancara khas sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Machap Jaya.

HEE Sem bersama Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri ketika menziarahi warga emas, Amnah Md Sab, 89, pada Program Masyarakat Di Hati MPAG 2026 sempena WRUR DUN Machap Jaya. Foto Afiq Mustaffa

Hee Sem yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, antara mekanisme membantu penduduk di Machap Jaya adalah dengan menggerakkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk turun dan mengumpul aduan daripada penduduk kampung sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Ini kerana merekalah (JPKK) yang sentiasa berada di kampung dan mengenali setiap penduduk di kawasan masing-masing.

“Tidak dinafikan ada sebahagian kecil bantuan kebajikan kita akan terlepas pandang kerana mungkin hari ini ada penduduk nampak dalam keadaan baik, namun dalam beberapa hari mereka boleh jatuh sakit.

“Sebab itulah penting untuk diadakan ziarah kasih dan turun padang di segenap pelusuk kampung kerana dari sini juga kita dapat mengetahui jika terdapat masalah atau rakyat yang memerlukan bantuan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …