OPS TIRIS 4.0 504 KES DIREKODKAN, 147 DITAHAN DI SELURUH NEGARA

Gambar fail BERNAMA

SANDAKAN: Sebanyak 38,071 pemeriksaan dilakukan dalam Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) yang bermula 16 Mac 2026 sehingga semalam dengan 506 kes direkodkan dan 147 individu ditahan di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata daripada 506 kes itu penyelewengan bahan api diesel dan petrol mencatatkan jumlah kes tertinggi.

“Diesel (228 kes), petrol (105 kes), gas petroleum cecair (64 kes), minyak masak (57 kes), gula (35 kes) dan tepung gandum (16 kes).

“Di Sabah misalnya sebanyak 6,108 pemeriksaan dilakukan yang merekodkan 132 kes dan daripada itu penyelewengan diesel mencatatkan kes tertinggi iaitu 48 kes, diikuti 37 kes melibatkan bahan api petrol,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Sentuhan Kasih dan Jualan Rahmah MADANI di pekarangan parkir Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, di sini (APMM), hari ini, yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Armizan berkata Pelaksanaan Ops Tiris itu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan meliputi sektor daratan, perairan serta sempadan seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sementara itu, katanya, hari ini satu taklimat mengenai status semasa pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) diberikan kepada Hajiji dengan fokus laporan ialah dapatan operasi penguatkuasaan serta pemantauan daripada agensi penguatkuasaan terlibat termasuk Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Sebelum ini dua Pasukan Petugas Khas (Task Force) Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) ditubuhkan bagi Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …