MAHATHIR DIANUGERAHI “KUNCI KOTA COLOMBO

Pada 23 April(Sabtu) dalam tahun 1983, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah dianugerahi Kunci Kota Colombo sebagai lambang penghormatan Sri Lanka kepada Malaysia. Anugerah telah disampaikan oleh Dato’ Bandar Colombo, B. Srisena Corray sempena lawatan rasmi Dato’ Seri Dr. Mahathir ke Dewan Bandar Raya dan kota Colombo. Dato’ Seri Dr. Mahathir menganggap penghormatan itu sebagai satu manifestasi hubungan yang rapat antara kerajaan dan rakyat kedua negara.

Beliau telah memberi jaminan bahawa Malaysia sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Dewan Bandar Raya Colombo dalam usaha membina dan memajukan kota tersebut. Dalam ucapan beliau sempena majlis penyampaian anugerah tersebut, Dato’ Seri Dr. Mahathir mengingatkan bahawa tanggungjawab mentadbir sebuah bandaraya bukanlah mudah. Malaysia juga menghadapi pelbagai masalah seperti menyediakan perumahan dan bangunan, kemudahan sosial, sistem pengangkutan yang baik dan lain-lain aspek termasuk bekalan air yang cukup. Selain itu, mutu alam sekitar juga perlu dititikberatkan bagi menjamin keseimbangan pembangunan ekologi dan pusaka bangsa.

Justeru, kerjasama kedua-dua negara dalam pertukaran kepakaran, pengetahuan dan kakitangan dalam membangunkan sebuah kotaraya adalah sangat penting untuk menghasilkan faedah bersama dan mewujudkan bandaraya yang diidamkan

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …