PILIHAN RAYA UMUM KE-2

Pada 25 April(Sabtu) dalam tahun 1964, Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-2 diadakan bagi memilih wakil-wakil rakyat di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Pada edisi PRU pertama sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 ini, sebanyak 104 kerusi dipertandingkan dan hanya melibatkan negeri-negeri di bahagian Semenanjung Malaysia sahaja. Hal ini demikian kerana Sabah dan Sarawak telah mengadakan pilihan raya sebelumnya.  Parti Perikatan berjaya memenangi 89 kerusi daripada 104 kerusi yang dipertandingkan di peringkat Dewan Rakyat manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berjaya mendapatkan sembilan kerusi; PPR memenangi dua kerusi; Socialist Front (SF) memperoleh dua kerusi; Parti Demokratik Bersatu (UDP) dan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) masing-masing satu kerusi. Pada peringkat DUN pula, Parti Perikatan berjaya mengekalkan dominasinya di 10 negeri kecuali di Kelantan yang majoriti kerusinya dimenangi oleh PAS.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …