SULTAN KEDAH MERASMIKAN TERMINAL BAHARU LAPANGAN TERBANG

Pada 22 April (Khamis)  dalam tahun 1982, Sultan dan Sultanah Kedah telah berangkat bagi merasmikan bangunan Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas, Kedah. Turut hadir sama di majlis tersebut ialah Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abu Hassan Omar, Menteri Besar Datuk Sri Syed Nahar Shahabuddin, Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia, Dr. Abdul Kuddus Ahmad bersama isteri masing-masing. Projek pembinaan bangunan terminal baharu ini bermula pada awal tahun 1980 dan memakan belanja sebanyak 2 juta. Selain itu, projek ini merangkumi pembaharuan terhadap bangunan terminal yang ada untuk menempatkan bilik-bilik VIP dan pejabat. Tambahan juga, projek ini meliputi pembinaan sebuah bangunan baharu bagi memudahkan penumpang naik turun di terminal tersebut. Pihak Mas akan mula menyediakan perkhidmatan penerbangan malam sebanyak tiga kali dalam seminggu dari Kuala Lumpur ke Alor Setar dan sebaliknya.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …