TONSIL KRONIK BOLEH JEJAS KESIHATAN, PEMBEDAHAN DIPERTIMBANG JIKA JANGKITAN BERULANG

Kelenjar tonsil ialah sebahagian daripada sistem imun yang membantu menghasilkan antibodi, khususnya pada peringkat awal kanak-kanak. Namun, tonsil boleh menjadi masalah apabila berlaku jangkitan berulang atau saiznya terlalu besar hingga mengganggu menelan dan pernafasan. Tidak semua sakit tekak berpunca daripada tonsil kerana ia juga boleh disebabkan faringitis, alahan, resdung atau refluks asid.

Tonsil kronik biasanya ditandai dengan sakit tekak berulang, demam, tonsil bengkak serta kehadiran bintik putih atau nanah. Jika jangkitan berlaku sekitar lima kali setahun atau setiap dua hingga tiga bulan, pembedahan tonsil boleh dipertimbangkan. Tonsil yang terlalu besar juga boleh menyebabkan dengkuran dan meningkatkan risiko Obstructive Sleep Apnea (OSA), sekali gus menjejaskan kualiti tidur dan kesihatan.

Jika tidak dirawat, tonsil kronik boleh menyebabkan ketidakselesaan berpanjangan, pengambilan antibiotik berulang yang berisiko menyebabkan rintangan antibiotik, serta komplikasi seperti abses peritonsil. Dalam kalangan kanak-kanak, keadaan ini boleh menjejaskan selera makan, pembelajaran dan tumbesaran.

Rawatan tanpa pembedahan seperti antibiotik hanya memberi kelegaan sementara. Pembuangan tonsil tidak melemahkan sistem imun kerana badan masih mempunyai mekanisme pertahanan lain. Tempoh pemulihan selepas pembedahan biasanya sekitar dua minggu dan kebanyakan pesakit akan berasa lebih sihat selepas itu.

Sumber :Tuty Haryanti Ahmad Rodzi/Sihat/Berita Harian Online

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …