ISU PEMBELAJARAN:SLOW LEARNER ATAY DISLEKSIA

Slow learner dan disleksia sering dikaitkan dengan masalah pembelajaran kanak-kanak.

SLOW LEARNER

Istilah slow learner digunakan kepada individu yang mempunyai keupayaan mempelajari kemahiran akademik yang rendah berbanding kebanyakan pelajar dalam kumpulan mereka. Ia juga tidak terdiri daripada kategori diagnostik. Mereka mempunyai tahap kecerdasan dan pemikiran yang rendah daripada tahap purata. Kanak-kanak ini masih lagi melalui tahap perkembangan yang asas seperti kanak-kanak lain namun pada kadar yang lebih perlahan. Slow learner memerlukan masa yang lebih lama dan pengulangan yang banyak untuk mempelajari sesuatu konsep. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah dengan kemahiran penaakulan dan pemikiran tahap tinggi menyebabkan wujudnya jurang pengetahuan dan kemahiran asas. Masalah yang dihadapi oleh mereka juga menyebabkan mereka cepat berputus asa dan tidak mahu hadir ke sekolah kerana sering berasa bimbang dan rendah diri. Tempoh yang lama untuk melakukan serta memahami sesuatu pelajaran seterusnya mengakibatkan mereka kepenatan.

DISLEKSIA

Disleksia merupakan salah satu daripada kecelaruan pembelajaran khusus di mana individu yang menghidapi disleksi ini sukar untuk membaca, menulis dan mengeja perkataan. Akan tetapi, tahap kecerdasan minda mereka berada pada tahap purata atau lebih tinggi berbanding slow learner. Antara tanda-tanda disleksia adalah individu mungkin menulis dan membaca dengan perlahan di samping keliru dengan susunan huruf dalam perkataan. Huruf-huruf juga mungkin tertukar apabila menulis seperti huruf b yang ditulis menjadi huruf d. Hal ini sekaligus menyebabkan mereka lemah dalam mengeja perkataan. Bukan itu sahaja, mereka lebih mudah memahami arahan verbal berbanding arahan bertulis. Namun begitu, mereka dengan masalah disleksia kebiasaannya mempunyai kemahiran dalam bidang lain seperti penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif.

Kedua-dua masalah pembelajaran ini memerlukan perhatian yang lebih daripada pelbagai pihak agar kemahiran anak-anak dapat diasah serta berkembang dengan baik, di samping menjamin emosi yang lebih positif.

Sumber : JiwaDawai/Pusat Pakar Psikologi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …