PERJANJIAN SULTAN MUHAMAD (KEDAH) – SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS

Pada Isnin 20 April 1772, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Sultan Kedah, Sultan Muhamad Jewa dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris.  Perjanjian ini adalah lanjutan daripada keinginan baginda Sultan Kedah untuk mendapat bantuan pertahanan bagi mengatasi huru-hara dalam negeri, membuat persediaan untuk bergabung dengan orang-orang Bugis dari tujuan berkuasa di Selangor dan keinginan untuk membebaskan diri dari kongkongan Siam.  Dalam tahun 1770, Sultan Muhamad telah menabalkan Raja Abdullah, putera baginda daripada gundik sebagai Pemangku Sultan. Perlantikan tersebut mengecewakan kerabat diraja lalu mereka mengupah orang-orang Bugis yang kebetulan berdendam terhadap Sultan untuk memberontak.  Pada awal bulan Mac 1771, orang-orang Bugis dan pemberontak-pemberontak tempatan telah menguasai Kuala Kedah seterusnya Alor Setar.  Untuk itu Sultan cuba mendapatkan bantuan Gabenor Madras melalui surat bertarikh 18 Mac 1771 tetapi tidak dihiraukan.  Pada 24 Mac 1771 Francis Light, seorang saudagar Inggeris telah menghadap Sultan dengan membawa senjata dan 30 orang askar sepoi bersama 2 buah kapal perang.  Dengan sangkaan bahawa Inggeris akan membantu baginda dalam usaha meluaskan kekuasaan baginda, Sultan bersetuju membenarkan Light berdagang dengan syarat 2/3 keuntungan dibahagi sama rata.  Malangnya Light mengingkari janji malah menyatakan persetujuan memberi bantuan sekiranya harta rampasan dan Kuala Kedah diberikan kepadanya secara peribadi dan bukan kepada Syarikat Hindia Timur.  Oleh itu, pada bulan November 1771, Sultan telah mengutuskan surat ke Madras untuk mendapatkan bantuan dengan menawarkan kesemua Pantai Kuala Kedah hingga ke Pulau Pinang, tetapi hingga ke bulan Jun 1772, Sultan tidak menerima jawapan.  Sebenarnya sejak awal lagi, perjanjian ini tidak jelas daripada segi bantuan yang diberikan dan di atas dasar apa ia akan diberikan.  Rentetan daripada peristiwa ini ialah pendudukan Inggeris di Pulau Pinang.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …