Geli tengok orang tak mandi pagi, tapi anda sendiri lap badan guna tuala yang dah berbau masam macam tuala buruk kedai tomyam. Bila ditegur, alasannya “Ala,kita lap badan waktu badan dah bersih lepas mandi sabun,jadi tuala tak kotor pun.” Ini adalah mitos kebersihan yang paling menjijikan. Walaupun anda dan bersabun, perbuatan mengelap badan itu akan memindahkan air, peluh,baki minyak (sebum) dan jutaan sel kulit mati terus melekat pada urat benang tuala anda. Selepas itu, tuala tersebut disangkut bertindih-tindih dibelakang pintu atau dipalang bilik air yang gelap dan tiada pengudaraan. Dalam masa 24 jam sahaja, tuala yang lembab ini akan bertukar menjadi ‘syurga’ pembiakan bakteria, kulat (fungi) dan hama. Apakah akibatnya bila anda tepek koloni kuman ini ke badan anda setiap hari?
- Jerawat belakang badan (bacne): Pori-pori dibelakang badan tersumbat dengan kuman dan sel mati dari tuala hapak,naiklah jerawat batu yang besar, merah dan bernanah.
- Kurap dan panau: Jangkitan kulat sangat suka menempel dikawasan kulit yang lembab seperti celah kangkang, ketiak dan lipatan badan.
- Ekzema makin teruk: Bagi yang ada kulit sensitive, geseran tuala yang dipenuhi hama akan membuatkan kulit mengelupas dan gatal merenyam.
Cara penjagaan tuala yang betul:
- Cuci tuala anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jangan tunggu sampai tuala boleh berdiri sendiri kat penjuru bilik.
- Jemur dibawah cahaya matahari terus (UV matahari membunuh kuman secara semula jadi), bukan jemur berkuap didalam bilik air.
- Wajib asingkan tuala badan dan tuala lap muka. Muka anda terlalu sensitive untuk dilap dengan tuala yang baru lepas lap anggota badan yang lain.
Sayangi kulit anda.Jangan sia-siakan sabun mandi mahal anda dengan tuala yang penuh kuman.
Sumber: Public Health Malaysia



