‘CAHAYA KASIH’ MBMB CERIAKAN PENGHUNI TUNAS BAKTI

Pantai Kundur – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah menceriakan penghuni Sekolah Tunas Bakti menerusi Program Cahaya Kasih Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, pada Majlis sama MBMB turut menyumbang RM3,000 kepada pihak pentadbiran kepada sekolah tersebut.

Katanya, penganjuran program seperti itu amat bermakna kerana ia bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidilfitri, malah menjadi platform berkongsi rezeki dan menyantuni penghuni sekolah tersebut.

“Pada majlis ini seramai 38 orang penghuni Sekolah Tunas Bakti diraikan dan lebih istimewa, program ini turut diisi dengan aktiviti ramah mesra bersama anak-anak di sini.

“Selain itu, warga MBMB bersama-sama penghuni sekolah ini turut mempelajari cara membuat kuih tradisional iaitu kuih bahulu dan kuih bakar manis.

“Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah memberi pengalaman baharu yang menyeronokkan serta memupuk minat terhadap kuih warisan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Cahaya Kasih Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh di sini malam tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @Hashim; Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Halyjah Muhamad serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Zulkiflee berkata, program itu jelas mencerminkan keprihatinan dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat serta menceriakan golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan moral.

“Sebagai tanda sokongan dan keprihatinan MBMB menyampaikan pemberian duit raya kepada para penghuni yang diraikan.

“Kedai Pakaian Hari-hari turut memberi sumbangan berupa baucer pembelian pakaian berjumlah RM1,000.00 dan dengan sedikit sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada anak-anak Sekolah Tunas Bakti,” katanya.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …